Firman Allah :
Maka disebabkan rahmat Allah SWT kamu
berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi
berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada kamu. Oleh itu,
maafkanlah mereka. Mohonkanlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila kamu membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang
bertawakkal.
(Surah Ali-Imran:159)
Kita perlulah mencontohi cara dakwah
Rasulullah s.a.w. Lemah-lembut adalah merupakan cara dakwah yang telah
dilaksanakan oleh baginda. Dari segi pertuturan,pergaulan dan tindakan baginda
yang hebat,telah menyebabkan orang kafir tertarik kepada orang Islam. Sebagai
contoh,orang musyrik yang berhati keras dan menentang dakwah Rasulullah SAW
berubah, beriman dan cinta kepadanya setelah mengenali peribadi luhur baginda.
Baginda adalah merupakan seorang yang pemaaf.
Baginda memaafkan kesalahan yang dilakukan kepada Baginda. Baginda juga tidak
menyimpan perasaan dendam. Baginda sentiasa berdoa supaya mereka di kurniakan
hidayah dan menerima Islam.
Baginda seringmemohon keampunan untuk orang lain Baginda amat prihatin terhadap masa depan umatnya. Dalam perang Uhud, Baginda cedera parah tetapi baginda tetap berdoa untuk umatnya.
Baginda sering mengadakan mesyuarat. Baginda
bermesyuarat dengan para sahabat ketika membuat keputusan penting yang tiada
ketetapan daripada Al-Quran.Sebagai contoh, dalam perang Khandak, Baginda menerima
cadangan Salman Al-Farisi supaya menggali parit sebagai kubu menghadapi
serangan musuh. Di dalam matlamat bermesyuarat, keputusan yang diambil oleh
baginda adalah keputusan yang terbaik dan dapat memberi kepuasan kepada semua
pihak. Baginda sentiasa mendengar,menghormati dan menerima pandangan orang
lain.
Selain itu, Baginda sering bertawakal
dalam setiap perlaksanaan. Di dalam perang Badar, Baginda kekurangan senjata
dan tentera. Baginda bersama tentera islam yang lain terpaksa menghadapi
tentera musyrikin tiga kali ganda lebih besar jumlahnya. Baginda telah mencari tempat
strategik, bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Berkat doa baginda,baginda
berjaya menewaskan tentera Musyrikin.
Jenis Jenis Dakwah Rasulullah
Baginda turut berdakwah secara rahsia.
Antara dakwah yang telah baginda laksanakan adalah,Baginda telah menyeru orang perseorangan
daripada kalangan keluarga yang terdekat
dan sahabat-sahabat yang rapat. Kebanyakan pengahut islam pada peringkat ini dari
kalangan hamba dan orang miskin. Rumah
al-arqam bin abi al-arqam dijadikan sebagai pusat penyeruan islam dan
mempelajari islam secara sulit . Strategi dakwah secara sulit ini berjalan
selama 3 tahun.
Baginda mempunyai sebab tersendiri untuk
berdakwah secara rahsia . Antara sebab- sebab Rasulullah berdakwah
secara rahsia (sulit) adalah kerana bilangan penganut Islam masih sedikit.
Selain itu,Baginda juga ingin mengelakkan penentangan terbuka dari kafir
Quraisy. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah bertentangan dengan amalan
biasa masyarakat Arab pada masa itu. Selain itu,dakwah secara
sulit adalah selaras dengan strategi
dakwah yang berhikmah.
Terdapat beberapa hikmah dakwah secara rahsia
yang dilaksanakan oleh baginda. Antara hikmah tersebut adalah ajaran Islam
dapat disampaikan dan diterima tanpa gangguan. Dakwah secara rahsia juga dapat
menghindari penentangan terbuka dari kafir Quraisy. Ianya juga dapat mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi
nenek moyang mereka.
Baginda turut berdakwah secara terus
terang kepada kaum kerabat. Cara ini dilaksanakan setelah menerima perintah
Allah melalui firman Allah bermaksud :
“ Dan berilah peringatan kepada
kerabatmu yang terdekat “
Setelah
turun ayat ini, baginda telah
mengadakan jamuan di rumah Ali bin Abi
Talib . Semua kaum keluarga dijemput
dan baginda menerangkan
tentang dasar-dasar agama Islam .Sebahagiannya menerima dan sebahagian
lagi menentangnya.
Baginda turut berdakwah secara terus terang kepada orang ramai ( umum).
Dakwah ini dijalankan oleh Rasulullah setelah turun perintah Allah daiam surah Al
Hijr ayat 94 yang bermaksud :
“Sampaikanlah secara berterus
terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau
hiraukan bantahan dan tentangan
kaum musyrikin”
Apabila turun ayat ini Rasulullah terus
menjemput kaum Quraisy serta
pembesar-pembesar Quraisy menghadiri
perjumpaan (rapat umum) di kaki
bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah swt. Dakwah pada peringkat
ini menerima tentangan yang hebat dari
kafir Quraisy .Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai penyeksaan . Selepas
peringkat ini,ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin
bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar.
Dakwah Rasulullah Kepada Remaja
Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa
pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang
tunggangannya), lalu sabda baginda :
‘Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu
beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara
kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada
bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika
engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa
jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat,
nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu
yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk
menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu
menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.
Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.”
(HR. Tarmizi)
Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah
SAW telah berdoa untuknya:
“Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman
tentang din, dan ajarkanlah kepadanya hikmah.”
Apabila Ibn Abbas di peringkat remaja,
baginda bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiahnya.
Oleh itu dalam berdakwah untuk remaja (yang menjadi mad’u), kita perlu berdoa
untuk masa depannya. Baginda juga telah merangkakan masa depan mad’u sesuai
dengan potensinya. Baginda juga sentiasa memberi bimbingan yang berterusan.
Baginda memanfaatkan setiap masa yang
ada, sehingga sewaktu bermusafir pun baginda mentarbiah mad’unya yang masih
remaja. Baginda tidak mengambil mudah terhadap pendakwah kecil, bahkan baginda
mengambil berat hal ehwal tarbiahnya.
Baginda sentiasa bersemangat untuk
mentarbiah mad’unya, sehinggakan sewaktu bermusafir pun baginda tidak
melepaskan peluang untuk mentarbiah. Baginda juga adalah merupakan seorang
ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak merasa hina menaiki
kenderaan bersama golongan remaja. Baginda memperlihatkan contoh pendekatan
fizikal, bersentuhan dan bermesra dengan remaja. Baginda tidak merasai
perbezaan jurang dengan golongan remaja.
Baginda mentarbiah remaja dengan
pendekatan yang sesuai, ringan tetapi berterusan sepertimana kata baginda (yang
bermaksud):
“aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan”.
Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid
sebagai asas tarbiah generasi muda. Generasi muda yang sering gelisah dan
sering dilanda pelbagai masalah dan ketakutan ,baginda berpesan supaya
bergantung dan memohon pertolongan kepada Allah.
Hakikatnya, baginda telah merangkakan
tarbiah jangka panjang untuk Ibn Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai
tokoh, pejuang dan pewaris risalah baginda. Begitulah juga para pendakwah di
sepanjang zaman, perlu meletakkan satu rancangan jangka panjang dalam pembinaan
generasi muda. Kita perlulah mempunyai pengorbanan, kesabaran, tawakkal dan
istiqamah yang tinggi untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment